Ensaiklopedia Iranika

Ensaiklopedia Iranika ialah satu projek yang bertujuan untuk menghasilkan sebuah ensaiklopedia bahasa Inggeris yang lengkap dan ditulis oleh pakar berkenaan sejarah, budaya dan tamadun orang Iran sejak zaman pra-sejarah sehingga moden.[1] Ia merupakan satu projek Universiti Columbia, yang dimulakan pada tahun 1973 oleh Pusat Pengajian Iran, dan dianggap sebagai sebuah ensaiklopedia standard disiplin akademik Iranistik.